VIDEO: Che Ta dan Aaisyah catwalk pada pertunjukan fesyen Minaz

0
46

SEMALAM, bertempat di Mercu Mustapha Kamal, Damansara, Selangor, telah berlangsung pertunjukan fesyen Minaz Blooming Raya 2017. Acara anjuran jenama Minaz itu mempersembahkan kepada umum kesemua koleksi Aidilfitrinya tahun ini.

Mencuri tumpuan pastinya duta Minaz, Rozita Che Wan bersama puteri comelnya, Aaisyah Dhia Rana. Pasangan ibu dan anak itu mendapat tepukan gemuruh apabila bergandingan berjalan mengelilingi ruang catwalk.

Rozita atau mesra dengan gelaran Che Ta menandatangani kerjasama bersama Minaz selama setahun, bermula April 2017 sehingga Mac 2018.

Keputusan itu dibuat berdasarkan ketepatan dan kesesuaian imej Minaz dengan penampilannya.

“Apatah lagi apabila Minaz turut menyediakan pakaian untuk kanak-kanak yang cantik. Mudah untuk Aaisyah bergaya pada hari raya tahun ini. Harganya juga amat berpatutan,” kongsi Che Ta pada sidang media usai pertunjukan fesyen tersebut.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini