Ummi Nazeera sah bergelar isteri Dr. Izzar

0
189

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon Ummi Nazeera yang telah melangsungkan majlis perkahwinan bersama pasangan , Dr. Mohd. Izzar Anwari Dato’ Sri Abdul Khani pada 23 Julai lalu.

Meskipun tarikh pernikahan dipercepatkan atas sebab-sebab peribadi namun menerusi laman instagram, Ummi telah memuat naik kenyataan maaf kerana tidak memberitahu media terlebih awal.

“Saya kena lebih berhati-hati dalam setiap perkara kerana sekarang saya hidup bersama suami. Setiap perkara perlu saya teliti termasuklah untk merajuk atau marah sekalipun, saya takut berdosa kepada suami.

“Cuma saya sedih dan terkilan apabila kami berdua terpaksa berpisah selepas setengah hari melangsungkan akad nikah kerana suami masih bertugas di Sarawak.

“Bagaimanapun, saya perasan, suami saya semakin romantik selepas berkahwin biarpun terpisah jauh,”  kongsi Ummi menerusi kenyataan yang dipetik daripada Astro Gempak.

Ummi dan Izzar bernikah dalam satu majlis tertutup. Terdahulu, tarikh asal pernikahan itu sepatutnya berlangsung semalam (3 Ogos 2017).

Resepsi persandingan kedua mempelai pula akan diadakan di Hotel Shangri-La pada Sabtu ini dan Dewan Bankuet Menara Felda, pada 12 Ogos 2017.

Dalam perkembangan lain, Ummi dikhabarkan akan muncul dalam telefilem Bisik Pada Langit arahan Khabir Bhatia tidak lama lagi.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini