NAMPAKNYA, suami kepada Izreen Azminda, pemuzik Ude Wahid tidak gemar bekas isterinya, Intan Liyana mengaitkan dia dengan anaknya di laman sosial.

Menerusi laporan Mstar, Ude atau nama sebenarnya Muhamad Radzi Abdul Wahid, 30, berkata, kemaskini berbaur simpati itu hanya akan menimbulkan kemarahan masyarakat terhadap dirinya.

Motif? Rasanya sudah boleh hentikan permainan ini. Tak habis-habis ke post benda poyo. Nak minta ‘makcik bawang’ buat dosa banyak-banyak.

Nanti adalah yang suci tiada dosa mesej peribadi dengan cacian makian. Segala bagai, kerana apa? Kerana post yang mengundang tak berkesudahan ni. Hentikanlah!” begitu bentak Ude di Instagram.

Bagaimanapun, status tersebut sudah dipadamkan selepas hampir sejam dimuat naik.

Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac lalu.

Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri berusia setahun.

Pada November lalu, pelakon Izreen Azminda mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini