Hiburan

Ubat rindu Shae

By  | 

TERNGIANG-NGIANG di cuping telinga bait-bait lirik: “Sayang apa khabar dengan mu?” nyanyian penyanyi dari Indonesia, Shae. Pastinya, lagu yang¬†menjadi ‘mangsa’ parodi itu pernah menjadi kegilaan pendengar muzik di Malaysia sekitar beberapa tahun yang lalu.

Ia dibuktikan menerusi penjualan muat turun ring back tone (RBT) Sayang yang mencecah sehingga melebihi dua juta. Sekaligus, menjadikan Sayang sebagai RBT yang paling banyak dimuat turun pada tahun 2014.

Shae

 

Bagi meneruskan legasi tersebut, Shae kini muncul dengan single terbaharunya berjudul Rindu. Berbeza dengan Sayang, singlenya kali ini mendapat sentuhan daripada rapper terkemuka, Malique. Selain itu, lagu ini turut menampilkan vokal kumpulan Nukilan.

Lagu yang berentak R&B ini dipertaruhkan sebagai buah tangan baharu bagi tahun 2015. Rindu merupakan sebuah cetusan melodi yang santai gubahan muziknya dan mampu mengajak pendengar untuk turut menyanyi bersama.

Dengarkan Rindu:

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *