BELUM surut kontroversi yang melingkari dirinya dan dua rakan artis, Fathia Latiff sekali lagi bikin kecoh. Sebelum ini, aktres berusia 31 tahun itu memuat naik sekeping foto Zarina Anjoulie berpelukan dengan penyanyi muda, Ismail Izzani yang didakwa diambil di sebuah kelab malam.

Selepas insiden itu, Fathia menutup ruangan komen di laman instagramnya. Terkini, menerusi gambar yang dimuat naik bersama Zarina, Fathia membuka semula ruangan komen. Malah, foto yang dimuat naik Fathia juga menunjukkannya bertudung tetapi dengan leher terdedah.

Netizen mengambil kesempatan itu untuk meninggalkan komen berbentuk teguran kepada Fathia dan Zarina. Antara komen yang mencuri perhatian adalah teguran seorang peminat kepada Fathia untuk menjaga aib diri dan tidak bersikap hipokrit.

Komen tersebut dibalas Fathia secara sarkastik dengan melabelkan peminat tersebut sebagai ‘ustazah’. Tidak berakhir di situ, peminat tersebut memetik dialog filem Munafik 2 berhubung fitnah Dajjal. Fathia membalas komen itu mengaku dialah ‘Dajjal’ yang dimaksudkan.

Mungkin Fathia sekadar bergurau. Bagaimanapun hal-hal berkaitan keagaamaan tidak seharusnya dijadikan jenaka. Diharapkan Fathia bertemu ketenangan yang dicari dan berhati-hati dalam setiap tindakan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini