Tyra Banks Sedih Dengan Mentaliti Masyarakat

0
23

Supermodel terkenal, Tyra Banks mendedahkan, apabila dia dan ibunya, Carolyn London melancarkan program TZONE Foundation – sebuah program untuk membimbing remaja perempuan – sekitar 15 tahun lalu, dia sedar akan kepentingan untuk berkongsi rasa tidak yakin yang dialaminya ketika sedang membesar.

“Ketika saya berumur 11 tahun, berat badan saya turun sebanyak 13.6 kg. Pada waktu itu juga saya baru sahaja mencapai usia akil baligh,” ujar Tyra kepada majalah People baru-baru ini.

“Saya tidak kurus seperti seorang supermodel. Ia lebih daripada itu. Ada yang menyangka saya mengalami masalah gangguan pemakanan,” ujarnya.

“Tidak ada apa yang mampu saya lakukan untuk menaikkan berat badan. Ketika itu, sedang kecoh mengenai masalah kebuluran di Ethiopia dan saya turut terkena tempiasnya,” ujarnya lagi.

Akibat terlalu kurus, Tyra terpaksa berulang-alik ke klinik untuk mendapatkan rawatan daripada doktor. Katanya: “Atas dasar ingin mengetahui punca mengapa saya terlalu kurus, saya dicucuk dengan pelbagai jenis jarum. Saya juga pernah disyaki menghidap gihgantism,” tutur bekas model pakaian dalam Victoria’s Secret itu.

Lama-kelamaan, berat badannya mulai naik. Lain pula kisahnya, Tyra mula diejek kerana dilihat terlalu berisi.

“Siapa sangka, budak perempuan yang dahulunya terlalu kurus sehingga terpaksa ke hospital akhirnya diejek kerana terlalu gemuk. Saya sangat faham apabila seseorang itu diejek kerana terlalu kurus atau terlalu gemuk,” katanya.

Ketika menjadi mentor untuk program tersebut, saya sering menunjukkan kepada mereka gambar-gambar saya yang tidak disunting. Mereka semua terkejut! Tetapi, saya beritahu mereka supaya cari kecantikan dalam diri sendiri,” ujar eksekutif produser bagi rancangan America’s Next Top Model (ANTM) itu.

Tyra bakal muncul menerusi musim ke-21 ANTM yang akan bersiaran pada musim panas nanti.

Kredit gambar: Getty Images

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini