SEJAK beberapa tahun lalu, penyanyi Kelly Clarkson dilihat mengalami kesukaran untuk menurunkan berat badan selepas melahirkan dua cahaya mata, River Rose Blackstock, 3, dan Remington Alexander Blackstock, 2.

Biarpun menerima kritikan, namun, Clarkson tidak pernah mengambil pusing tentang cakap-cakap nakal khalayak dan terus memberi fokus terhadap karier nyanyiannya.

Namun, peminat mula menyedari perubahan fizikal Clarkson sejak penyanyi lagu Breakaway itu mengisi kerusi juri rancangan nyanyian The Voice 2018. Clarkson kini lebih langsing.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, berapa banyak berat yang berjaya Clarkson turunkan?

Menurut jurulatih Nadia Murdock, Clarkson telah hilang sebanyak 18 kilogram. “Anda sendiri boleh lihat perubahan dramatik pada tubuhnya,” ujar Murdock.

FOTO/LIFE & STYLE

Mengimbas kembali, juara American Idol musim pertama itu sememangnya mengalami kesukaran untuk menjaga berat badannya pada tahap ideal. Clarkson pernah menyatakan yang dia gembira dengan tubuh besarnya, namun, dia sedar bahawa kesihatan perlu diutamakan.

Justeru tidak hairan jika Clarkson kini mengambil inisiatif untuk kembali aktif dan melakukan senaman dengan jurulatih peribadi. Dalam masa sama, dia juga merujuk pada pakar pemakanan untuk membantu mengubah diet hariannya.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini