Hiburan

Trailer baharu Jurassic World

By  | 

CEPATLAH 11 Jun! Mengapa? Kerana trailer baharu Jurassic World pasti membuatkan anda tidak sabar untuk menonton filem keempat daripada francais ‘Jurassic Park‘ itu.

1-JW trailer

Trailer terkini itu mendedahkan bahawa Owen (Chris Pratt) sememangnya memiliki kepakaran bagi melatih dan menjinakkan dinosaur spesies velociraptor yang terkenal dengan kecerdikan dan kepantasannya selain amat digeruni manusia.

Rupa dinosaur hibrid yang menjadi tumpuan utama filem ini turut didedahkan dalam trailer baharu tersebut. Dinosaur yang menjalani modifikasi genetik itu digambarkan sebagai spesies baharu yang jauh lebih besar berbanding pemangsa paling popular, tyrannosaurus rex (T.Rex) dan lebih pintar daripada velociraptor.

khsu9

Penciptaan semula babak ‘signatur’ dalam filem Jurassic Park pertama juga dapat disaksikan dalam trailer tersebut seperti babak dinosaur memecahkan cermin kereta dan cuba ‘melahap’ dua pelawat kanak-kanak.

khsyj

Jurassic World menyaksikan penglibatan pengarah asalnya, Steven Spielberg selaku penerbit eksekutif. Ia diarahkan oleh Colin Trevorrow dan turut membariskan pelakon seperti Bryce Dallas Howard, Ty Simpkins, Nick Robinson, Irrfan Khan, Vincent D’Onofrio, Jake Johnson, Omar Sy, BD Wong dan Judy Greer.

Kredit foto: YouTube

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *