Hiburan

Tinggalkan One Direction bukan sebab privasi, Zayn Malik pembohong?

By  | 

APABILA Zayn Malik memutuskan untuk mengundur diri daripada kumpulan One Direction, ramai yang menjadi histeria gara-gara tindakan penyanyi berusia 22 tahun itu. Bagaimanapun, kebanyakan daripada peminat Zayn faham bahawa keputusan itu adalah berkait rapat dengan kemahuan privasi dalam hidupnya seharian.

Namun, kenyataan yang dikeluarkan itu menyimpang jauh apabila Zayn telah dilihat bertemu dengan produser terkemukam Naughty Boy di sebuah studio rakaman di London, England 24 jam selepas dia tidak lagi bersama One Direction.

Zayn

Menerusi gambar yang disiarkan di portal Daily Mail UK, Zayn dilihat berbual dengan produser tersebut sebelum masuk semula ke dalam studio.

Mungkin perjumpaan tersebut hanya sekadar pertemuan dua orang teman bertanyakan khabar. Namun, tidak mustahil juga Zayn kini sedang mengatur langkah untuk bergelar penyanyia solo. Hal privasi dan mahu menjadi seorang lelaki normal? Mungkin tidak bagi Zayn dalam masa terdekat ini.

Kredit gambar: FameFlynet/DailyMail UK

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *