Tiket konsert DNCE di KL Live kini dijual

0
5

DNCE akan muncul buat pertama kalinya di Malaysia pada Ogos depan. Dibawakan oleh Universal Music Malaysia (Universal) dan Wilbros, kunjungan DNCE merupakan susulan kejayaan aktiviti ‘stream to unlock’ anjuran Universal.

Bagi merealisasikan hasrat peminat untuk menyaksikan DNCE secara langsung di Malaysia, para peminat perlu menstrim album DNCE seberapa banyak yang boleh. Kempen tersebut berjaya mencapai sasarannya dalam tempoh dua minggu sahaja.

DNCE, sebuah kumpulan yang terkenal dengan saduran muzik pop dan rock . Dianggotai Joe Jonas (bekas kumpulan Jonas Brothers) dan ditubuhkan pada musim panas 2015, ia turut menampilkan pemain gitar JinJoo Lee, pemain bass/keyboard Cole Whittle dan pemain dram, Jack Lawless.

Lagu debut berjudul Cake By The Ocean meraih platinum berkembar dan menjadikan mereka salah satu kumpulan terbaik pada 2016. Single perdana tersebut berjaya menjadi hit di corong-corong radio dan menjadi salah sebuah lagu paling banyak diputarkan.

Sehingga kini, lagu tersebut telah dimainkan sebanyak enam juta kali. Lagu-lagu lain seperti Toothbrush dan Body Moves juga meraih populariti setara yang dipetik daripada album debut DNCE yang dilancarkan pada November 2016. Album tersebut telah meraih penjualan melebihi 8,700 unit di Malaysia.

Kini mereka kembali dengan single baharu, Kissing Strangers ft. Nicki Minaj yang tidak kurang hebatnya. Nama DNCE mempunyai maksud yang mendalam dan memberi refleksi kepada kesedaran diri.

“Ia tidak sempurna, tidak lengkap tetapi tepat. Seseorang itu tidak perlu menjadi penari yang hebat. Mereka boleh menari semahunya dan dalam masa yang sama berseronok dengan tarian tersebut.

“Itu sebenarnya kecantikan di dalamnya,” ujar Lee tentang falsafah nama DNCE.

Kita tidak boleh menolak kenyataan bahawa DNCE berjaya menghidupkan magis dalam kolaborasi mereka.

“Kami benar-benar ingin berasa seperti dalam sebuah parti,” Joe menambah.

Dengan kemunculan DNCE buat kali pertama di Malaysia pada 8 Ogos 2017 di KL Live, tiket-tiket konsert kini boleh dibeli di www.myticket.asia. Tiket berharga RM288 (PS2), RM388 (PS1) dan RM538 (VIP). Pemegang tiket VIP pula akan diberikan laluan masuk khas dan barangan istimewa.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini