AWAL tahun lalu, pengasas The Pussycat Dolls (PCD), Robin Antin mengesahkan bahawa kumpulan pop tersebut bakal bersatu (reunion) semula.

Robin juga turut membuka akaun Instagram baharu untuk kumpulan tersebut dan mendapat persetujuan daripada kesemua ahli-ahli asal PCD, termasuk Nicole Scherzinger.

Bagaimanapun, keterujaan peminat tidak kekal lama. Robin memuat naik kemaskini di Instagram dan mengumumkan bahawa PCD akan kembali, tetapi dengan wajah-wajah baharu. Lebih memburukkan keadaan, kumpulan tersebut tidak akan dikenali sebagai The Pussycat Dolls sebaliknya Next Generation.

Mengikut telahan peminat, penyanyi Pia Mia bakal diangkat menjadi vokalis utama, memandangkan gambarnya telah diguna untuk mengumumkan projek berkenaan.

Menurut sumber, Robin menubuhkan kumpulan baharu kerana dia enggan membayar ahli-ahli PCD yang lama jika mereka kembali bersama sebagai sebuah kumpulan. Cara mudah, Robin menubuhkan kumpulan baharu.

Reaksi peminat di laman Twitter:

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini