#Throwback: Duet Siti Nurhaliza & Wang Leehom. Gong Xi Fa Cai!

0
12

PEPATUNG ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia. Justeru, kami mengambil kesempatan ini untuk mengimbas memori anda bersama persembahan mantap Datuk Siti Nurhaliza bersama Wang Leehom suatu ketika dahulu.

FOTO: DETIK FORUM

Persembahan pada tahun 2004 itu menyaksikan Siti muncul solo menyampaikan lagu berbahasa Mandarin, Zheng Fu (nyanyian asal Na Ying). Penyanyi popular Taiwan, Wang Leehom kemudiannya tampil ke pentas berduet bersama Siti mendendangkan lagu lagu klasik berjudul Yue Liang Dai Biao Wo De Xin (nyanyian asal Teresa Teng).

Meskipun tidak pernah mempelajari bahasa Mandarin, Siti berjaya menyampaikan dua buah lagu tersebut dengan baik (walaupun terdapat sebutan yang kurang tepat). Penglibatan Siti sempena Golden Melody Award yang berlangsung di Taiwan itu adalah bagi memenuhi undangan sebagai duta Samsung.

Gong Xi Fa Cai semua!

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini