Susahnya hasilkan kostum Bajirao Mastani

0
51

SETAHUN setengah tempoh masa diambil pereka fesyen Anju Modi untuk membuat kaji selidik dan pengumpulan data mengenai latar belakang pemakaian kumpulan masyarakat Maratha di India beberapa abad lalu. Lantas segala hasil itu diterjemahkan cemerlang dalam filem pecah panggung Bajirao Mastani.

“Tempoh itu digunakan untuk mengumpulkan segala nota mengenai perincian dan tatacara pemakaian masyarakat Maratha selain ketelitian kostum yang dipakai oleh pelakon utamanya, Deepika Padukone sebagai individu muslim. Ia perlu dinyatakan dalam setiap pakaiannya.

“Indore, Nashik, Pune, Paithan, Ajanta dan Muzium Salarjung di Hyderabad antara lokasi yang saya singgah untuk melengkapkan kajian berkenaan filem ini. Saya juga menghabiskan waktu mencari bahan alternatif yang ada pada masa kini untuk disesuaikan dengan pergerakan dan karakter setiap watak,” kata Anju kepada portal Indian Express baru-baru ini.

Pengetahuan mendalam mengenai industri tekstil India pereka fesyen itu mula ditonjolkan dalam rekaan busana Deepika Padukone dalam filem Goliyon Ki Rasleela – Ram Leela sekitar dua tahun lalu. Filem itu juga mendapat sentuhan sama daripada pengarah filem Bajirao Mastani iaitu Sanjay Leela Bhansali.

Bagaimapun, dalam Bajirao Mastani, Anju diberikan peluang mereka ketiga-tiga persalinan yang dipakai oleh pelakon utama iaitu Ranveer Singh, Priyanka Chopra dan Deepika Padukone sendiri.

Deewani-Mastani-Mp3-Song-Download-Shreya-Ghoshal

Dalam persalinan epik yang disarung Deepika untuk babak nyanyian Deewani Mastani, dres anarkalis dan angrakhas yang dipadankan dengan pajama Farshi itu kata Anju sebenarnya mempunyai sembilan lapisan.

Sementara itu, menyedari hakikat bahawa wanita Peshwa biasanya memakai kain sari sutera yang sarat barangan kemas, Anju merevolusikan persalinan yang dipakai oleh Priyanka dalam rekaan yang siluet dan fabrik yang lebih ringan.

CTvr12eVAAAiRUi

“Jika Priyanka memakai sutera berat sepanjang sembilan meter, saya tidak dapat bayangkan rupanya apabila berada di skrin lebar. Jadi saya menukar fabrik yang lebih ringan walaupun ukurannya masih sepanjang sembilan meter. Melengkapi gaya itu, saya sertakan sekali fabrik jenis Chanderis, Maheshwari dan mul-mul (sejenis kapas) sebagai ensembel,” ujarnya.

Manakala dalam babak lagu Rangoli yang menampilkan Priyanka, Anju telah mencipta beberapa set pakaian sama sebagai alternatif untuk disesuaikan dengan mood dan pencahayaan. Enam helai sari digunakan untuk mendapatkan shot itu kata Anju!

bajirao-1

Itu pun belum termasuk persalinan yang dipakai oleh hero filem itu, Ranveer Singh yang merangkumi angrakhas, jaama dan dhoti. Babak perang juga memerlukan set headgear yang tersendiri.

Jadi, secara keseluruhannya, Anju Modi telah menghasilkan 300 set pakaian untuk filem Bajirao Mastani!

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini