Siti Saleha sah bergelar isteri

0
12

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada pelakon Siti Saleha, 27, yang telah selamat diijabkabulkan bersama pasangan, Ahmad Lutfi, 31, semalam.

Memilih lokasi TPC Kuala Lumpur, Siti Saleha dinikahkan oleh bapanya sendiri, Mohd Baharum Abdul Rahman sekitar jam 3:40 petang.

Pihak pengantin lelaki memberi tujuh dulang hantaran dan dibalas oleh pihak perempuan sebanyak sembilan dulang dengan mas kahwin berjumlah RM500.

Pasangan pengantin tersebut diraikan pada resepsi perempuan sebentar tadi manakala untuk majlis keluarga lelaki akan berlangsung pada 5 dan 12 Ogos depan.

Siti Saleha yang merupakan kacukan Inggeris- Melayu ialah anak ketiga daripada empat adik-beradik. Beliau dibesarkan di Klang, Selangor. Antara drama lakonannya yang meraih populariti hebat termasuklah 7 Hari Mencintaiku dan Nora Elena.

 

SUMBER : ASTRO GEMPAK

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini