Siapakah bakal juara Mister Planet 3?

0
39

BERTEMAKANekopelancongan domestik serta melestarikan alam sekitar, pertandingan Mister Planet Malaysia (MPM) kembali lagi untuk musim ketiga selepas kemenangan wakil Kedah dan Perlis untuk musim pertama dan kedua.

Dianjurkan oleh organisasi Malaysian United Nations Pageants (MUNP) dan disokong penuh oleh agensi kerajaan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, program ala ratu cantik versi lelaki itu bukan sahaja mempertaruhkan paras rupa untuk melahirkan pelapis muda bagi mewarnai pentas peragaan tempatan, malah berfungsi sebagai platform untuk membentuk personaliti yang boleh diangkat sebagai ikon dalam segala aspek.

Pengarahnya, Azman Bosri berkata, visi MPM2016 kali ini cuba mengangkat visi untuk membudayakan penjagaan alam sekitar dalam kehidupan seharian selain misinya melahirkan individu yang peka dan bertanggungjawab mempromosikan pelancongan dalam negara yang berteraskan alam semula jadi.

“Melihat keadaan ekonomi negara yang sedikit meruncing, maka tercetus idea untuk mendidik para peserta menjadi jentera terhadap memulihkan kembali permasalahan itu menerusi pelancongan domestik bagi memastikan pengaliran mata wang itu tidak ke luar negara.

“Pada masa yang sama, perkataan planet itu sendiri merujuk kepada bumi, tempat kita meneruskan kehidupan seharian. Justeru, setiap individu yang hidup di muka bumi wajib menjaga alam sekitar demi kepentingan bersama selain untuk generasi akan datang,” katanya.

Jadi, tambah Azman, kedua-dua objektif itu digabungkan untuk diperjuangkan oleh kesemua 16 finalis MPM2016 sepanjang enam bulan program berlangsung bermula bulan ini sehingga acara kemuncaknya yang dijangka diadakan pada Mei 2016.

Menurutnya, juara bakal mewakili negara ke pertandingan peringkat dunia yang bakal diadakan pada 2016 atau 2017, selain finalis lain juga berpeluang menggalas tugas sebagai duta kecil Malaysia ke pentas dunia dalam beberapa pertandingan berlainan.

Seramai 16 finalis bertanding dalam program ini mewakili 16 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Sepanjang MPM2016 diadakan, mereka wajib mengikuti pelbagai aktiviti yang telah disusun seperti kelas peragaan, kelas pembinaan sahsiah peribadi, kelas komunikasi, kelas keterampilan diri serta diberi pendedahan praktikal tentang dunia fesyen dan hiburan tanah air.

Berikut merupakan senarai finalis Mr. Planet musim ketiga:

Aimal Hafizzi - Selangor Azwan Aabas - Pahang Asyraf Dasley - K. Lumpur Faez Baharuddin - Kedah Faiz Azharan - N. Sembilan Fitry Mustafa - Kelantan Fauzi Mohamad - Perlis Hafiz Nolan - Terengganu Khaza Mizty - Labuan Ikhwan Ibrahim - Johor Maxwell Lawrence - Sarawak Nazirul Mubin - P. Pinang Shahrul Azhar - Sabah Wan Amirrul - Putrajaya Wazien Adil - Perak Zarul Zaqwan - Melaka

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini