BELUM reda ribut kontroversi video lucah yang didakwa milik pelakon Syafiq Kyle, muncul pula seorang lelaki yang dikenali sebagai Faizi Khairudin memaparkan ‘rayuan’ seorang individu yang dikatakan sebagai pelakon drama bersiri Nur itu di Instagramnya.

Dikenali sebagai @faizikhairudin, lelaki itu memuat naik rayuan tersebut hanya dengan kapsyen: “Kenyang, #willexplainlater”

Bagaimanapun, ramai yang meninggalkan komen pada gambar-gambar berkenaan dengan mengatakan tindakan lelaki tersebut tidak wajar.

Bagaimanapun, Pepatung melihat perkara ini sebagai cara untuk meraih populariti dan kita tidak seharusnya menjatuhkan hukum terlalu cepat. Barangkali, perbualan tersebut disunting menggunakan Photoshop.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini