Hiburan

Seperti Magic Shae

By  | 

Shae, seorang penyanyi yang mempunyai darah kacukan Australia dan Indonesia ini telah meraih penghargaan platinum untuk album sulungnya The First di Indonesia pada 16 Febaruari lalu bersempena dengan pelancaran album terbaru beliau yang bertajuk ‘Seperti Magic’ dan 10x platinum untuk muat turun ring back tone (RBT) bagi lagu Sayang di Malaysia.

Setelah kejayaan Shae melalui lagu Sayang yang mencecah melebihi 2 juta muat turun ring back tone (RBT), Sayang juga telah dinobatkan sebagai muat turun yang terbanyak pada tahun 2014/2015 di Malaysia. 2 juta muat turun RBT bukan angka yang mudah untuk dicapai walaupun bagi artist lama apatah lagi artis baru yang mahu menapak di dalam industri muzik tanahair. Bagi Shae, beliau bukan sahaja meraih kejayaan tersebut malah telah membuktikan sebagai artis yang pertama berjaya memecahkan rekod penjualan digital Zakiah Zakiah oleh Jinbara & Ahli Fiqir.

Shae - Seperti Magic

Selepas mendapat kejayaan yang gemilang melalui lagu Sayang, Shae kini kembali dengan menghasilkan sebuah lagu yang diberi nama Seperti Magic yang turut dimuatkan di dalam album keduanya bertajuk Seperti Magic. Lagu ini merupakan hasil ciptaan Posan Tobing yang juga merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menghasilkan lagu Sayang dan merupakan antara orang yang mencetus penglibatan Shae di dalam industri muzik.

Namun berbeza daripada lagu Sayang, single terbaru Shae bertajuk Seperti Magic ini bermula dengan luahan kesedihan hati seorang kekasih yang masih mencintai namun kecewa apabila mendapat tahu bahawa kekasihnya telah menduakan cintanya. Masih mengekalkan tema cinta dalam nyanyian beliau, Shae memperjuangkan muzik bergenre pop balada bagi lagu ini. Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Posan Tobing ini sungguh mendayu-dayu dan lagu ini pastinya bakal menarik kembali perhatian anda semua untuk sering mendengar alunan suara Shae yang syahdu melalui lagu ini.

Terdapat 10 buah lagu yang dimuatkan di dalam album Seperti Magic ini dan 4 daripada 10 lagu tersebut sudah boleh didengari dan boleh pre-order di iTunes. Antaranya adalah SepertiMagic, Dream, Aku Suka Kamu, dan Gojigo (K.A.M.U). Lagu Dream merupakan sebuah lagu yang diadaptasi daripada lagu hit Sayang di dalam versi Bahasa Inggeris dengan rentak EDM. Lagu ini dinyanyikan oleh Shae bersama dengan Jessica Reynoso yang merupakan penyanyi dari Filipina yang namanya sedang meningkat naik sejurus beliau memenangi pertandingan The Voice Philippines. Istimewanya, lagu Dream telah dihasilkan oleh Apl.De.Ap, penyanyi rap dari kumpulan tersohor antarabangsa iaitu Black Eyed Peas. Selain daripada itu, Shae juga turut menyumbangkan hasil nukilan beliau bagi menjayakan album ini dengan menghasilkan dua buah lagu yang bertajuk Pecah dan Cantik.

Album Seperti Magic akan dilancarkan secara digital mulai 18 Mac 2016.

Shae 1

Comments

comments

Selepas lima tahun bersama akhbar berbahasa Melayu tempatan, penulis memanjangkan langkah dalam bidang rekaan fesyen bersama label peribadi. Kecintaan terhadap dunia penulisan dilanjutkan bersama Pepatung berbekalkan pengalaman skop hiburan, pelancongan dan biografi.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *