Sepantas derap Hanie Soraya

0
14

Hanie Soraya Taha atau nama pentasnya Hanie Soraya merupakan seorang penyanyi wanita generasi baru yang berbakat besar yang dilihat terus melangkah ke hadapan dengan gaya tersendiri.

Dengan kemahirannya bermain gitar dan ukulele, penyanyi kecil molek yang berumur 22 tahun ini telah menerima sambutan yang hangat hingga akhirnya mendapat tumpuan superstar, Faizal Tahir. Berpandukan dan nasihat daripada Faizal, Hanie Soraya mula mekar dalam industri muzik tanah air sehingga dia telah berjaya melancarkan single pertamanya Hujung Dunia pada Mac 2014, diikuti dengan single keduanya Rasa Sayang pada Januari tahun lepas.

Hanie Soraya

Lagu Pantas dicipta oleh komposer terkenal dan juga mentor Hanie iaitu Faizal Tahir serta Mike Chan, Ezra Kong dan Hanie sendiri. Muzik yang dihasilkan menerusi lagu ini mempunyai kelainannya yang tersendiri. Kiranya, sekali dengar, pendengar sudah boleh ‘tangkap’ melodinya.

Lagu Pantas telah dilancarkan di seluruh stesen radio Malaysia dan muzik video untuk lagu ini juga kini sudah berada di YouTube. Muzik video yang berdurasi lebih kurang 3.59 minit itu memaparkan sisi karakter Hanie bersama rakan-rakan yang ceria dan bersahaja dalam menikmati kehidupan diusia remaja. Muzik video bagi lagu Pantas ini telah dirakamkan pada September lalu di Pantai Morib, Banting, Selangor.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini