Selena Gomez Menderita Penyakit Lupus

0
35

BEBERAPA bulan yang lalu, sumber terdekat kepada pelakon dan penyanyi Selena Gomez pernah mendedahkan, gadis berusia 21 tahun itu sedang menderita penyakit lupus. Terbaharu, datuk kepada Selena, Ricardo Gomez Sr., mengesahkan tentang penyakit yang dideritainya itu.

“Dia masih dalam proses rawatan dan dia masih dalam keadaan baik,” katanya. Ricardo menambah, cucunya itu dikesan menderitai penyakit tersebut sejak beberapa tahun lalu. Namun, gejalanya masih boleh dikawal.

Lupus ialah penyakit kronik yang boleh menyebabkan keradangan pada bahagian tisu badan dan organ tubuh.

“Selena sangat letih akibat bekerja terlalu kuat. Dia seperti kurang berehat. Tekanan makin bertambah, bukan sahaja kerana kerja, malah dia juga sangat risaukan Justin (Bieber).

“Doktor menasihatinya untuk bercuti dan berehat panjang kerana dia sering berhadapan dengan kerja-kerja berat. Terlalu banyak yang dia hadapi, terlalu banyak. Dia tidak pernah bercuti walaupun untuk satu hari,” ujar datuknya lagi.

Walaupun kesihatannya masih dalam kawalan, Ricardo risau jika pelantun lagu Naturally itu tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tuturnya: “Apa yang merisaukan kami adalah, dia tidak pandai untuk menjawab ‘tidak’. Dia tidak akan mengambil masa untuk dirinya berehat dan makan mengikut jadual,” katanya lagi.

Selena terpaksa membatalkan siri konsert jelajah Stars Dance di Asia, termasuk di Malaysia awal tahun lalu kerana gangguan kesihatan.

Ekoran daripada pembatalan itu, banyak spekulasi mula timbul mengatakan pelakon yang pernah membintangi filem Monte Carlo ini menghidapi penyakit lupus.

Kredit gambar: Getty Images

KONGSI
Artikel sebelumnyaGaya Baharu Lob
Artikel seterusnyaRahsia Kulit Cerah Dan Mulus
Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini