Selamat hari jadi! Lima persembahan terbaik Adam Lambert

0
4

SELAMAT hari jadi Adam Lambert! Bekas peserta rancangan realiti American Idol musim kelapan dan kini vokalis kumpulan Queen baru sahaja menginjak ke angka usia 33. Tahun ini, banyak perancangan telah diatur dan antaranya adalah album solo ketiga, berjudul The Original High yang bakal diterbitkan oleh produser tersohor, Max Martin dan Shellback.

Adam Max

Saya rasa, peminat akan terkejut, sangat terkejut,” ujarnya kepada Billboard. “Album itu nanti bagaikan sebuah era baharu buat saya, secara emosi, lirik dan komposisi lagu. Ianya segar dan baharu, namun ia masih kedengaran seperti ‘saya’.

Karya-karya yang terkandung dalam The Original High masih boleh dibayangkan oleh pendengar dan apa yang mereka suka daripada saya. Ia adalah seratus peratus lembaran baharu buat saya,” tutur Adam sambil memberitahu single pertama daripada album tersebut bakal menemui pendengar seawal April depan.

Sebelum kita melangkah ke dimensi baharu Adam Lambert, Pepatung membawa anda untuk mengimbas kembali lima persembahan terbaik pelantun lagu If I Had You ini sepanjang dia memulakan kariernya sebagai penyanyi:

1. Feeling Good (American Idol)
Walaupun Adam menerima standing ovation pada ketika mempersembahkan lagu Mad World, namun, bagi Pepatung, dinamik vokalnya jelas kedengaran sewaktu melantunkan lagu Feeling Good pada minggu Rat Pack Standards.

2. For Your Entertainment
Pada malam sebelum albumnya diriliskan, Adam membuat kejutan menerusi persembahan pertamanya selepas tamat American Idol sekitar enam tahun lalu.

3. Stay (nyanyian asal Rihanna)
Sejak bertanding di American Idol, Adam sememangnya bijak menyanyikan lagu-lagu penyanyi lain secara saduran.

4. Aftermath
Adam juga sering diundang untuk menyanyi pada episod penyingkiran rancangan yang telah membina namanya sebagai penyanyi yang berjaya.

5. Bohemian Rhapsody
Apabila juri Harry Connick, Jr. meminta Adam yang pada ketika itu menghakimi ujibakat American Idol 14 di Long Island menjalani ujibakat semula, menyanyikan lagu Bohemian Rhapsody.

Kredit gambar: Adam Lambert Official

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini