Selamat Bergraduasi Emma!

0
15

PELAKON Emma Watson, yang cukup sinonim dengan watak Hermione Granger menerusi francais filem Harry Potter antara 2,000 graduan yang menerima ijazah pada hari graduasi di University Brown, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Emma, 24, menamatkan pembelajarannya dalam bidang pengajian Bahasa Inggeris. Sebelum menghadiri majlis tersebut, Emma memuat naik gambarnya memakai mortar dan jubah graduasi menerusi akaun Twitternya.

Memulakan pengajiannya di universiti itu pada tahun 2009, Emma turut mencipta rekod menerusi Guinness Book of World Records dengan sebagai pelakon wanita yang menerima bayaran paling tinggi sepanjang tempoh 10 tahun.

Ketika bergelar pelajar, Emma begitu sibuk membintangi beberapa buah filem termasuklah The Perks of Being a Wallflower, This is the End, Harry Potter and the Deathly Hallows dan terbaharu, Noah.

Kredit gambar: Getty Images, Fameflynet

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini