Hiburan

Sekuel Top Gun lakonan Tom Cruise bakal ditayangkan pada 2019

By  | 

PRODUSER Jerry Bruckheimer menerusi kemas kini Twitternya mengesahkan sekuel filem Top Gun, lakonan Tom Cruise bakal ditayangkan pada 12 Julai 2019.

Jerry turut mengumumkan nama pengarah Joe Kosinski bakal mengisi kerusi sutradara bagi mengarahkan filem tersebut.

“Teruja mengumumkan sekuel Top Gun akan menemui penonton pada 12 Julai 2019. Joe Kosinski bakal menduduki kerusi pengarahan,” katanya.

Terdahulu, Tom Cruise mengesahkan kembali memegang watak Maverick menerusi wawancara yang dijalankan oleh sebuah program television di Australia.

Filem pertama Top Gun ditayangkan pada 1986 dan pengesahan Jerry mengenai sekuel tersebut menamatkan hampir 30 tahun penantian peminat filem tersebut untuk sebuah kesinambungan.

Selain Tom Cruise, Top Gun turun dilakonkan oleh Val Kilmer.

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *