Sekuel Enchanted Dalam Pembikinan

0
37

WALAUPUN hampir tujuh tahun filem animasi-realiti Enchanted ditayangkan pada umum, namun, ia tidak menjadi penghalang buat Disney untuk menerbitkan sekuel bagi filem tersebut. Seperti yang dilaporkan oleh portal hiburan Deadline, dua penulis skrip, J. David Stem dan David N. Weiss telah dipertanggungjawabkan untuk menulis jalan cerita bagi sekuel filem berkenaan.

Dua penulis tersebut pernah terlibat dalam penulisan filem-filem animasi besar antaranya Smurfs dan Shrek 2. Namun, tiada laporan mengenai pengarah serta barisan pelakon yang akan mewarnai sekuel filem yang meraih kutipan pecah panggung sebanyak AS$340 juta itu.

Menerusi filem yang pertama, Enchanted mengisahkan tentang seorang puteri bernama Giselle (lakonan Amy Adams) yang tinggial di dalam alam animasi fantasi. Namun, atas sebab cemburu, dia dibuang ke alam realiti oleh permaisuri jahat yang dilakonkan oleh Susan Sarandon. Sesampainya di alam nyata, Giselle berjumpa dengan seorang peguam kacak (Patrick Dempsey) yang sedang mengalami krisis bersama tunangnya.

Filem ini turut menerima tiga pencalonan dalam Anugerah Academy yang kesemuanya bagi kategori Best Original Song.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini