Rihanna Tinggalkan Def Jam, Sertai Roc Nation

0
15

KETIKA baru mengorak langkah sebagai penyanyi, Robyn Rihanna Fenty atau lebih senang dikenali sebagai Rihanna telah menandatangi kontrak bersama syarikat rakaman Def Jam. Sekitar tahun 2005, presidennya pada ketika itu, Jay Z, enggan membenarkan Rihanna keluar daripada pejabat urusan label berkenaan selagi gadis yang berasal dari Saint Michael, Barbados itu tidak menurunkan tanda tangannya pada kerta kontrak.

Enam bulan kemudian, Rihanna melahirkan album sulungnya berjudul Music of the Sun. Sejak itu, dia telah meriliskan tujuh buah album studio termasuklah album terakhirnya, Unapologetic.

Pada tahun 2008, Jay meletakkan jawatannya sebagai president di Def Jam bagi menguruskan labelnya sendiri iaitu Roc Nation. Label itu dibangunkan atas dasar memenuhi syarat sebagai sebahagian daripada kontraknya bersama Live Nation. Sekitar bulan October 2010, Rihanna meninggalkan pengurusnya dan menyertai pengurusan baharu di bawah Roc Nation.

Awal tahun ini, satu perubahan besar telah berlaku pada Island Def Jam Music Group (IDJMG). Ketua Pegawai Eksekutifnya, Barry Weiss telah meletakkan jawatan dan Universal Music Group, iaitu induk korporat bagi IDJMG telah membubarkan syarikat tersebut lalu membahagikannya menjadi tiga buah syarikat rakaman: Def Jam, Island dan Motown. Akibatnya, Rihanna – berserta Kanye West dan beberapa penyanyi lagi – meninggalkan Island Def Jam dan menyertai Def Jam yang baharu.

Bagaimanapun, melalui kemas kini profilnya beberapa minggu lalu, Rihanna dengan rasminya menyertai Roc Nation sebagai salah seorang artis di bawah label tersebut. Antara artis-artis yang turut berkarya di bawa satu bumbung termasuklah Calvin Harris, DJ Mustard, J. Cole, Rita Ora dan Jay Z. Sementara itu, menerusi laman web Def Jam, nama Rihanna diletakkan di bawah senarai ‘Legacy‘ bersama artis-artis seperti Amerie, Ashanti dan Public Enemy.

Kredit gambar: Getty Images

KONGSI
Artikel sebelumnyaSekitar Met Gala 2014
Artikel seterusnya4 Musuh Rambut Yang Tidak Terlalu Jahat
Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini