Rihanna lancar single kedua ‘Bitch Better Have My Money’

0
9

SELEPAS single pertama, FourFiveSeconds dilancarkan awal tahun lalu, Rihanna melancarkan pula single kedua daripada album baharunya yang masih belum diketahui judulnya. Bitch Better Have My Money (BBHMM) diputarkan secara rasmi di saluran radio Top 40 (Amerika Syarikat) semalam.

Berdasarkan pendengaran awal, terbukti bahawa album kelapan Rihanna bakal menyaksikan perubahan drastik komposisi muzik yang sebelum ini banyak mempertaruhkan elemen dance, elektronik dan EDM. Barangkali ia merupakan album berbentuk eksperimentasi bagi menonjolkan kematangan Rihanna dalam berkarya. Jadi sekiranya lagu-lagu baharunya kurang mendapat sambutan dalam kalangan pendengar komersial, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

BBHMM dicipta oleh Deputy dan turut mendapat sentuhan Kanye West. Ia kini boleh didapati di iTunes.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini