Hiburan

Quickie Pepatung: Sharifah Sakinah

By  | 

TINGGAL membilang detik bergelar suri hati jejaka pilihan hati. Sharifah Sakinah tetap tenang menanti pergantian status dirinya. Sebagai Wajah Pepatung bulan Februari, Sakinah juga sempat berceloteh perihal diri yang tidak diketahui umum. Ikuti temu bual santai Pepatung bersama bakal isteri Aliff Adha Jamil ini.

Selusuri juga foto-foto pra-perkahwinan bidikan Pinography.

Pepatung: Masyarakat mengenali anda sebagai wanita lucu, bilakah anda menjadi serius?
Sakinah: Waktu bekerja! Apabila bekerja saya memang fokus terhadap tugasan yang diamanahkan kerana ia merupakan periuk nasi saya. Misalnya ketika penggambaran, jika diarahkan untuk memegang cicak atau katak, walaupun saya tidak suka, profesionalisme mesti didahulukan.

Pepatung: Perkara atau benda yang anda tidak gemari?
Sakinah: Saya paling tidak suka cahaya matahari, cicak dan katak.

1-quickie sakinah

Pepatung: Apakah karakter anda yang sebenarnya tidak diketahui orang?
Sakinah: Meskipun saya mesra sebagai individu berperwatakan ‘gila-gila’, tetapi sebenarnya saya seorang yang kuat berfikir. Sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan, saya akan berfikir sedalam-dalamnya terlebih dulu. Sejujurnya saya juga sedikit mementingkan diri sebab saya tidak suka mendengar masalah orang. Saya lebih suka menyebarkan nilai-nilai positif. Selain itu, mungkin orang tidak tahu bahawa sejak kecil saya sudah pandai mencari duit sendiri. Maka dari dulu saya aktif menjadi pelakon ekstra.

Pepatung: Tabiat buruk anda?
Sakinah: Saya seorang yang cuai dan pelupa sehinggakan saya sering terlupa menanggalkan tanda harga pada baju yang dibeli. Selalu juga saya pakai baju terbalik dan tidak menterbalikkannya semula.

3-quickie sakinah

Pepatung: Hobi dan barangan yang anda suka kumpul?
Sakinah: Fon telinga, lilin aromaterapi dan kini saya aktif mengumpul barangan Adidas. Saya tidak berminat terhadap barangan wanita seperti beg tangan atau kasut. Aksesori seperti jam tangan, rantai dan cincin juga saya tidak suka.

Pepatung: Filem kegemaran anda?
Sakinah: Saya suka filem yang banyak komunikasi dan berat dari segi dialog seperti Closer dan Before Sunrise. Filem berbajet besar pula saya kurang minat.

4-quickie sakinah

Pepatung: Muzik kegemaran anda?
Sakinah: Disebabkan personaliti saya agak ‘kecoh’, maka saya amat menyenangi muzik instrumental tidak bervokal. Muzik daripada kumpulan Jazzanova antara kegemaran saya. Bagi saya, genre muzik tersebut mampu mendamaikan perasaan.

Pepatung: Warna kegemaran anda?
Sakinah: Putih dan kelabu.

Pepatung: Cita rasa fesyen anda?
Sakinah: Pakaian santai dan saya suka menyarungkan kasut sneakers.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *