Hiburan

Quickie Pepatung: Nora Danish

By  | 

FILEM lakonannya, Hantu Bungkus Ikat Tepi sedang ditayangkan di pawagam. Kemudian Nora Danish bakal muncul dalam filem Suami Aku Ustaz disusuli dengan Suamiku Jatuh Dari Langit, Polis Evo, Chow Rasta dan Isteri Untuk Dijual. Boleh dikatakan hampir setiap bulan ada sahaja filem yang menampilkan Nora sebagai teraju utama.

Dalam kesibukan mengimbangi waktu kerja dan urusan keluarga, Nora masih berkesempatan berkongsi beberapa fakta unik tentang dirinya.

2-nora quickie

Pepatung: Seandainya anda tidak menjadi pelakon, apakah pekerjaan yang mungkin anda lakukan sekarang?
Nora: Saya memang berminat dengan dunia perniagaan. Kemungkinan besar saya akan menceburi bidang seni reka dalaman memandangkan secara peribadi, saya seorang yang suka mengemas rumah. Bagi saya kediaman yang kemas dan cantik adalah satu kepuasan.

Justeru, jika saya bukan seorang pelakon, mungkin kini saya sudah menetap di Bali, Indonesia. Selain hampir dengan Malaysia, Bali juga mempunyai pantai yang cantik, sempurna untuk orang seperti saya yang amat menggemari pantai. Makanan di sana pun sedap.

Pepatung: Item yang mesti dibawa setiap kali keluar rumah?
Nora: Barangan paling penting adalah cermin! Selain itu, saya mesti membawa minyak wangi, telefon bimbit, power bank yang diibaratkan seperti ‘nyawa’ dan dompet. Saya juga tidak kisah sekiranya keluar tanpa membawa alat solek.

Pepatung: Filem kegemaran anda?
Nora: Wicker Park merupakan filem paling saya gemari diikuti oleh Legends of the Fall, Meet Joe Black dan Pretty Woman.

Pepatung: Penyanyi dan pelakon kegemaran anda?
Nora: Penyanyi pilihan saya ialah Beyonce! Dia bukan sahaja seorang penyanyi hebat malah penghibur berbakat besar kerana mampu menyanyi dan menari dengan penuh energetik.

Angelina Jolie pula kekal sebagai pelakon sanjungan saya kerana selain cantik dan berbakat besar, karismanya juga menginspirasikan orang ramai. Keputusannya membuang payudara dan ovari bagi mencegah kanser turut menyentuh hati masyarakat global. Meskipun sibuk dan aktif dalam dunia seni, dia tetap mengutamakan anak-anaknya dan sering terlibat dengan misi-misi kemanusiaan.

Pepatung: Tabiat anda yang sukar dikikis?
Nora: Saya suka tengok cermin. Mungkin ia didorong oleh rasa insecure dan membuatkan saya perlu membelek wajah di depan cermin dengan kerap.

IMG_65651

Pepatung: Momen paling menggembirakan dalam hidup anda?
Nora: Melahirkan anak saya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram. Ia merupakan momen paling membahagiakan kerana Rayqal ialah anugerah terindah kurniaan Allah kepada saya.

Pepatung: Duit gaji pertama anda digunakan untuk membeli apa?
Nora: Saya masih ingat ketika kali pertama menerima bayaran selepas menjayakan iklan komersial untuk gula-gula Arctic. Duit tersebut saya gunakan untuk membeli bracelet Tiffany & Co. berharga RM1,500. Sehingga kini saya masih menyimpan aksesori tersebut.

Pepatung: Berapa orang adik-beradik anda?
Nora: Empat orang dan saya anak bongsu. Keempat-empatnya perempuan.

Pepatung: Adakah anda mempunyai rejim kecantikan yang diamalkan secara harian sehingga mampu mengekalkan keremajaan wajah?
Nora: Saya sudah mencecah 33 tahun, memanglah dari jauh wajah saya tampak babyface tetapi kalau dari dekat, penuaan sudah dapat dilihat (ketawa). Justeru, bagi melambatkan proses penuaan dan mengekalkan keremajaan wajah, saya menggunakan rangkaian produk Safi Rania Gold. Penjagaan kecantikan khususnya wajah mesti dilakukan ketika masih muda. Jangan apabila sudah dimamah usia baru kita hendak mengambil berat soal penjagaan wajah.

Pepatung: Anda memang dikenali sebagai seorang yang bijak berfesyen. Secara peribadi, apakah gaya pilihan anda dan pakaian yang selesa dikenakan secara harian?
Nora: Apapun yang saya pakai, keselesaan tetap akan diutamakan. Kalau diikutkan hati, memang saya menggemari sweater dan jaket tetapi disebabkan cuaca di sini yang panas, ia kurang sesuai digayakan pada waktu siang. Cuaca dan mood banyak mempengaruhi pemakaian harian saya. Ada ketika saya mahu kelihatan dalam imej boy look ataupun jika ingin lebh feminin saya mengenakan lady jeans.

Foto: Pinography / Solekan: Ary Muzamer

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *