Quickie Pepatung: Lisa Surihani

0
75

KESEMPATAN memotret Lisa Surihani sebagai penghias Wajah Pepatung pertama turut memberikan peluang bagi Pepatung mengorek cerita-cerita ringan Lisa yang mungkin tidak diketahui ramai. Justeru, segmen Quickie Pepatung bulan ini akan mengupas sisi santai Lisa dari kaca mata seorang manusia biasa.

Tidak lupa, foto-foto di sebalik tabir  sesi fotografi Lisa untuk Pepatung bersama jurugambar, Pinography Photography dalam busana Khoon Hooi serta ditata rias oleh Leen Zakaria dan Wira Kastrya.

1-quickie lisa

Pepatung: Jika diberi pilihan, watak lakonan anda yang mana satu boleh anda jalani secara realiti?
Lisa: Watak Sofea daripada telefilem Strawberi Karipap Sesat Kat Paris.

Pepatung: Peranan yang mustahil untuk anda bawakan dalam kehidupan sebenar?
Lisa: Sudah tentu Lena dalam filem Dendam Orang Mati.

3-quickie lisa

Pepatung: Barangan yang perlu ada di dalam beg tangan anda?
Lisa: Dompet (purse), kad pengenalan, lesen memandu, kad kredit, wang tunai, salap bibir (lip balm), cermin, bedak serap minyak (blotting powder), gel sanitasi tangan (hand sanitizer), pudina dan telefon bimbit.

Pepatung: Adakah anda sukakan makanan manis?
Lisa: Tidak. Saya seorang penggemar makanan masin, jadi garam perlu ada di atas meja makan.

4-quickie lisa

Pepatung: Hobi anda bersama suami?
Lisa: Kami peminat setia permainan lego. Pernah sekali itu kami ke Amerika Syarikat dan lego keluaran itu belum memasuki pasaran Malaysia, jadi kami beli untuk dibawa pulang ke Malaysia. Di rumah sekarang kami sudah berjaya membina sebuah bandar raya lego.

Pepatung: Adakah lego itu dikongsi bersama suami?
Lisa: Tidak (tergelak). Kami masing-masing mempunyai lego sendiri kerana saya jenis yang teratur. Saya suka asingkan lego mengikut jenis, Yusry pula jenis tidak kisah kalau ia bercampur aduk. Namun kami sama-sama membina bandar raya itu dan sama-sama membeli rumput, jalan, pokok dan air perhiasan.

15-quickie lisa

Pepatung: Selain lego, apa lagi yang pernah menjadi obsesi anda?
Lisa: Waktu remaja dulu, saya suka kumpul duit syiling dan setem dari negara lain. Selain itu, saya juga aktif mengumpulkan botol-botol minuman kaca, lilin dan jigsaw puzzle.

16-quickie lisa

 

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini