Hiburan

Quickie Pepatung: Idris khan & Malek Mccrone

By  | 

BAGAIMANAKAH ciri-ciri wanita idaman Idris Khan dan Malek Mccrone? Kenali minat dan perihal santai dua jejaka kacak ini menerusi Quickie Pepatung kali ini.

IMG_3435.jpg-cFOTO: PINOGRAPHY (@pinographyofficial) | SOLEKAN: ARY MUZAMER (@arymuzamer) | PAKAIAN: PINOPANDA (@pinopandamy), H&M (@hm) & ZARA (@zara) | LOKASI: ORKED AND MAYSAA (@orkedandmaysaa) | PENATA GAYA: DENSDROBE (@densdrobe)

Malek Mccronne

1) Jenama atau stail fesyen pilihan?
Saya tidak memandang kepada jenama. Jika ia berkenan pada mata saya dan berpadanan dengan diri sudah mencukupi.

2) Jika wanita terkenal dengan kegilaan mereka terhadap kasut dan beg tangan, anda pula bagaimana?
Saya lelaki yang menggemari kasut. I’m a shoe guy dan kebanyakannya kasut sukan. Gelang pun saya suka terutama ketika backpacking. Saya akan beli di setiap lokasi persinggahan. Namun gelang tersebut dibeli di jalanan atau daripada backpacker lain kerana nilai sentimentalnya lebih tinggi.

3) Anda single?
Ya single. Belum ada bayangan untuk berkeluarga dalam masa terdekat, malah tiada perancangan atau jangka masa tertentu untuk berumah tangga. Masih banyak impian ingin ditunaikan seperti menjadi jurulatih menyelam, menakluk puncak Gunung Everest dan tinggal di pergunungan Himalaya selama sebulan.

4) Ciri-ciri wanita pilihan anda?
Kalau anda tidak kisah dengan penginapan 3 dolar semalam bersama makanan 1 dolar, itu sudah memadai. Tetapi saya belum bertemu lagi bila wanita yang sanggup berbuat demikian. It’s good actually because u save money. Lima hari baru 15 dolar. Saya memang individu konservatif. Selagi boleh berjimat, kita jimat. Mungkin saya warisi sikap itu daripada ibu.

IMG_3202.jpg-c

5) Bukan mudah untuk mendapat wanita sebegitu?
Tidak kisah. Saya tidak mencari teman wanita pun sekarang. Lebih berkeinginan untuk fokus terhadap diri sendiri.

6) Rancangan TV kegemaran anda?
Man VS Wild yang dikendalikan Bear Grylls.

7) Filem kegemaran?
Braveheart lakonan Mel Gibson

8) Genre muzik pilihan?
Tiga kegemaran saya adalah deep house, psychedelic reggae dan jazz. Saya banyak bertukar minat muzik sesama kenalan backpacker.

IMG_3441.jpg-c

Idris Khan

1) Wanita pilihan anda?
Wanita yang bijak berfesyen dan mempunyai stail.

2) Siapakah crush anda?
Minka Kelly! Dia seorang pelakon yang memiliki ciri-ciri wanita idaman saya. Berambut perang (brunette) dan berpenampilan semula jadi.

3) Hobi anda?
Saya gemar mengembara dan mencari pengalaman. Tahun lepas saya baru menjinakkan diri dalam dunia backpacking dan setakat ini sudah ke Indonesia.

4) Adakah anda aktif dalam sesebuah sukan?
Hoki ais merupakan sukan saya sejak kecil. Namun ia telah lama ditinggalkan dan berharap untuk kembali aktif dalam masa terdekat.

IMG_3346.jpg-c

5) Anda pandai memasak?
Tidak pandai. Bagaimanapun selepas membuka restoran bersama kawan, saya mula belajar dan merasakan ia tidaklah sesukar mana.

6) Cita-cita dahulu?
Arkitek

7) Pelakon yang anda kagumi?
Bront Palare kerana dia mampu membawakan pelbagai karakter, sama seperti Johnny Depp.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *