Pilihan raya di Israel ditunda kerana konsert Britney Spears

0
4

PUTERI pop dunia, Britney Spears kembali mencetuskan kontroversi apabila konsert sulungnya di Israel yang dijadualkan pada 3 Julai 2017 menyebabkan pilihan raya perdana Parti Buruh terpaksa ditunda.

Pilihan raya bagi menentukan pucuk pimpinan tertinggi parti tersebut pada asalnya ditetapkan pada tarikh yang sama konsert Spears berlangsung.

Bagaimanapun, jawatankuasa parti telah memutuskan untuk menunda pilihan raya kepada 4 Julai 2017, sehari selepas konsert Spears.

Keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira faktor kesesakan lalu lintas yang bakal dihadapi ahli parti dan para pengundi untuk datang ke pusat mengundi. Kekurangan pengawal keselamatan bagi mengawasi kedua-dua acara juga antara faktor ia ditunda.

Persembahan Spears akan diadakan di Hayarkon Park, Tel Aviv. Ia diramalkan bakal dihadiri hampir 50,000 penonton. Hampir 30,000 tiket juga dilaporkan telah terjual, biarpun baru dibuka untuk jualan kepada umum beberapa hari lalu.

Spears yang masih meneruskan residensi di Las Vegas sejak 2013 juga akan ke Manila (Filipina), Tokyo dan Osaka (Jepun) pada bulan Jun depan bagi menjayakan konsert istimewa. Butiran tentang konsert tersebut masih belum didedahkan.

Sumber: Billboard

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini