Pharell Bergelut Dengan Madonna

0
12

PRODUSER dan penyanyi terkemuka, Pharell Williams mendedahkan, dia dan Madonna pernah melalui sedikit pergelutan kecil sewaktu menyiapkan album ratu pop itu beberapa tahun yang lalu.
Ketika merakamkan album yang turut mendapat sentuhan produser-produser terkenal seperti Danja dan Timbaland itu, Pharell dan Madonna jarang bertemu di studio. 
Ketika menyiapkan album Hard Candy, iaitu album kesebelas Madonna, pelantun lagu Happy itu mengakui melalui sedikit ‘pergelutan’ bersama ratu muzik pop tersebut.
“Ketika itu, kami berdua sedang sibuk merakamkan lagu. Pada satu ketika, kami tersangkut pada satu bahagian lagu dalam keadaan lama. Saya sudah mengagak apa yang akan berlaku,” tuturnya sewaktu ditemu bual oleh sebuah stesen radio di Amerika Syarikat baru-baru ini.
“Saya mula lihat Madonna seperti mahu berputus asa. Saya cuba untuk mengalihkan perhatian dia dan memintanya untuk mencuba perkara lain tetapi dia membalas – Saya tahu!
Pharell kemudiannya mula naik berang dan menjawab: “Dengar sini, kamu tidak boleh bercakap dengan saya sebegitu rupa,” dan Madonna mencadangkan agar kedua-duanya keluar dari studio bagi meneruskan perbincangan secara profesional.
“Kami pergi ke bahagian atas studio dan mula berbual. Semuanya kembali seperti sedia kala dan kami pun berpelukan,” beritahu Pharell.
Menerusi Hard Candy, Pharell menerbitkan beberapa lagu untuk Madonna termasuklah Candy Shop, Give It 2 Me dan She’s Not Me. Madonna dan Pharell tidak lagi berkerjasama selepas itu.

KONGSI
Artikel sebelumnyaGemerlap Bintang Jennifer Lawrence
Artikel seterusnyaMemilih Sut Untuk Lelaki
Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini