Buletin

Peserta Festari 2015 kongsi debaran

By  | 
Sebelum1/9Seterusnya

LAPAN kumpulan tarian akan berentap di Festival Tari Malaysia (FESTARI) bagi edisi 2015. Lapan kumpulan peserta yang berentap ialah Kumpulan Rentak (Selangor), Kumpulan Kesenian Pewaris (Terengganu), Nyala Dance Theatre  (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Le’Waris UMK (Kelantan) Sanggar Budaya (Miri, Sarawak), Badan Kesenian Tentera Laut (Perak), Kumpulan Tari Aliff (Johor) dan Petra Tari SMKIP (Kelantan).

Pertandingan Kategori Tarian Rampaian Tradisional akan diadakan pada Khamis, 4 Jun mulai jam 8.30 malam manakala Kategori Tarian Tradisional Daerah akan diadakan pada keesokannya mulai jam 8.30 malam. Bagi Pertandingan Akhir iaitu pada 6 Jun, bertempat di Auditorium Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur, empat kumpulan terbaik dari Kategori Tarian Rampaian Tradisional dan empat kumpulan terbaik dari Kategori Tarian Tradisional Daerah akan berentap merebut gelaran juara.

Pepatung sempat mendapatkan reaksi wakil peserta yang bakal berentap bermula malam ini (4 Jun 2015) sebelum melangkah ke pusingan akhir pada hari Sabtu (6 Jun 2015).

Comments

comments

Selepas lima tahun bersama akhbar berbahasa Melayu tempatan, penulis memanjangkan langkah dalam bidang rekaan fesyen bersama label peribadi. Kecintaan terhadap dunia penulisan dilanjutkan bersama Pepatung berbekalkan pengalaman skop hiburan, pelancongan dan biografi.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *