Pertandingan filem pendek Shortcuts tawar hadiah RM40,000

0
25

SELARAS dengan hasrat untuk membangun dan meningkatkan taraf kecemerlangan dalam kalangan bakat kreatif yang di Malaysia, Astro telah melancarkan sebuah pertandingan filem pendek terbaharu iaitu Shortcuts.

Melalui Astro Shaw, iaitu sebuah anak syarikat di bawah naungan Astro yang mengedalikan segala aspek perfileman, ingin menjemput rakyat Malaysia yang berminat untuk menceburi dunia perfileman dan mengetengahkan bakat kreatif mereka dengan menghantarkan penyertaan mereka di info@shortcuts.my  sebelum 15 November 2015.

Tiga filem terbaik akan berpeluang untuk memenangi RM 40,000 untuk setiap satu penyertaan. Mereka turut berpeluang menghasilkan filem pendek mereka sendiri dan berpotensi untuk  menjadi salah satu filem yang akan ditayangkan di festival filem tempatan dan juga di Saluran A-list (Saluran 456) di Astro.

Astro Shaw, juga selaku penerbit yang berjaya mengungguli beberapa anugerah filem di Malaysia terbitan mereka sendiri, seperti filem Polis Evo, The Journey, Terbaik Dari Langit, Apichatpong Weeraseethakul’s Cemetery of Splendour dan banyak lagi telah pun mengesahkan sebanyak 9 penyertaan pengarah terkemuka Asia Tenggara dalam Shortcuts sebagai platform untuk memberikan panduan dan menjadi mentor kepada pengarah baru yang mempunyai bakat-bakat kreatif.

Antara barisan 9 pengarah filem yang telah terpilih adalah Mouly Surya, Remton Zuasola, Sherad Anthony Sanchez, Yosep Anggi, Minh Nguyen Vo, Liew Seng Dat, Kongdej dan Bianca Balbuena.

short film
ANTARA barisan sutradara terkenal rantau Asia yang bakal memberikan input berguna kepada bakal peserta pertandingan Shortcuts.

Menurut Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, pihaknya bercita-cita memupuk dan membangunkan bakat kreatif di Malaysia dalam konteks pembikinan filem pendek sepertimana pertandingan filem pendek Shortcuts.

“Misi utama kami untuk memartabatkan pengeluar filem Malaysia dan pengarah terbaik di tahap tersendiri dan boleh bersaing di peringkat Asia dan global. Sepanjang empat bengkel intensif yang bakal diadakan, Shortcuts juga menyediakan platform kepada peserta yang ingin menimba ilmu pengetahuan dan teknik-teknik pembikinan filem  bersama pengarah-pengarah yang pernah memenangi anugerah dan mentor di rantau Asia Tenggara.

“Kami teruja untuk berhubung dengan bakat sutradara baru yang ideal malah mengharapkan peluang untuk mencungkil filem-filem yang tidak diketengahkan ke tahap menjadi sebuah filem berprestij. Shortcuts juga bertujuan untuk mencari pemenang bagi pembangunan filem pendek di negara ini dan akhirnya menjadi sebuah filem pendek di Asia Tenggara,” katanya.

yosep
Yosep Anggi merupakan sutradara filem dari Indonesia yang pernah memenangi anugerah dalam Festival Filem Antarabangsa Pusan (2013) menerusi karya A Lady Caddy Who Never Saw a Hole in One.

Kepada individu yang berminat, mereka hanya perlu menghantar borang penyertaan yang lengkap melalui YouTube atau Vimeo segala kompilasi kerja-kerja mereka sebelum ini dan hantarkan ke info@shortcuts.my.

Hanya 18 penyertaan akan dipilih untuk terbabit dalam bengkel pertama pada Disember ini dan diikuti oleh satu siri untuk ketiga-tiga bengkel ini yang memberi tumpuan terhadap penulisan skrip, persembahan dan kemahiran penerbitan.

Pada peringkat akhir bengkel ini, semua finalis diberi peluang untuk membentangkan kepada panel hakim sebagai peluang untuk menjadi salah satu daripada tiga pemenang dan menerima pembiayaan untuk menerbitkan filem pendek mereka.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini