Pergaduhan Dalam Lif, Beyoncé, Jay Z Dan Solange Bersuara

0
20

SEJAK rakaman klip video kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan insiden pergaduhan di dalam lif yang melibatkan penyanyi Beyoncé, Jay Z dan Solange beberapa hari yang lalu tersebar, banyak spekulasi timbul mengenai perkelahian tersebut.

Akhirnya, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh The Associated Press, ketiga-tiga mereka menjelaskan, tiada persengketaan atau permusuhan yang timbul selepas kejadian tersebut.

“Selepas rakaman CCTV tersebut tertiris di internet pada hari Isnin, 5 Mei minggu lalu, kami dikaitkan dengan pelbagai spekulasi. Tetapi, apa yang paling penting ialah kami sebagai satu keluarga telah menyelesaikannya secara baik.

“Jay dan Solange masing-masing menganggap mereka berkongsi satu tanggungjawab yang sama selepas kejadia tersebut berlaku. Kedua-dua mereka telah bermaafan serta menyedari peranan yang perlu dilakukan di hadapan khalayak umum.

“Laporan yang menyebut Solange mabuk dan menunjukkan perangai yang tidak menentu pada petang itu adalah tidak benar,” sambung kenyataan itu. “Setiap keluarga mempunyai masalah, dan kami juga tidak terkecuali. Kami sangat menyayangi antara satu dengan yang lain. Harap anda semua juga melakukan perkara yang sama.”

Potal hiburan TMZ baru-baru ini menyiarkan rakaman klip video CCTV berdurasi tiga minit yang menyaksikan Solange menyerang Jay Z di dalam sebuah lif di Hotel Standar, New York, Amerika Syarikat. Menerusi rakaman itu, ketiga-tiga mereka dilihat berpakaian sama seperti apa yang diperagakan pada acara Met Gala yang berlangsung baru-baru ini.

Kredit gambar: Getty Images

KONGSI
Artikel sebelumnyaMengapa Si Dia Yang Berusia Menjadi Pilihan?
Artikel seterusnyaNasha Penyelamat DBLK
Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini