Penampilan pertama Jared Leto sebagai Joker

0
16

PENYANYI dan pelakon, Jared Leto yang bakal muncul dengan filem adiwira terbaharunya, Suicide Squads tampil dalam karakter menggayakan watak antagonis The Joker.

Menerusi kemas kini Twitter oleh pengarahnya David Ayer, penampilan penghibur berusia 43 tahun itu tampak agak menyeramkan, berlainan dengan karakter Joker sebelum ini. Lengkap dengan solekan muka, gigi, rambut serta tubuh badan Jared turut ditransformasikan menyerupai watak jahat dari francais Batman tersebut.

Bakal ditayangkan pada 5 Ogos 2016, filem anti-adiwira itu turut dibintangi oleh Will Smith yang melakonkan watak Deadshot, Joel Kinnaman (Rick Flagg) dan Cara Delevingne (Enchantress).

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini