“Panggil saya Caitlyn”

0
3

SEWAKTU Bruce Jenner mengumumkan tentang transisi sebagai wanita, dia telah melakukannya secara berhati-hati agar keputusan yang diambil itu dihormati dan dipandang serius oleh orang ramai. Menjadikan popularitinya sebagai lampu penyuluh buat golongan transgender di seluruh dunia, tidak hairan jika dia memilih beberapa medium untuk menyalurkan luahan hatinya.

Pertama, dia memilih untuk mengumumkan tentang perkara tersebut kepada jurnalis tersohor, Diane Sawyer sebelum muncul dalam dua episod khas Keeping Up With the Kardashians baru-bari ini. Kini, bekas atlet sukan Olimpik itu bersedia untuk memasuki fasa akhir transisinya sebagai wanita, dengan mengumumkan nama baharunya, Caitlyn Jenner menerusi majalah Vanity Fair.

Menerusi video belakang tabir sesi fotografi bersama Annie Leibovitz, dia berkata: “Caitlyn tidak mempunyai sebarang rahsia. Sebaik sahaja sampul muka hadapan Vanity Care diriliskan, saya bebas…” ujarnya.

Caitlyn

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini