One Direction bakal berpecah pada Mac 2016

0
12

SABAR wahai Directioners. Band kesayangan anda bukan ‘berpecah’ untuk selamanya. Namun, One Direction yang terdiri daripada Harry Styles, Louis Tomlinson, Liam Payne dan Niall Horran bakal membawa haluan masing-masing dengan mengatur projek sendiri bermula Mac tahun depan.

Menurut portal hiburan E! News: “Mereka mengambil keputusan untuk berehat sebentar bagi memberi laluan kepada projek masing-masing. Begitupun, mereka tidak berpecah. Keempat-empat mereka masih di bawah nama One Direction dan merancang untuk bekerjasama pada masa akan datang,” jelas sumber.

Mereka bersahabat baik dan masih menyokong antara satu dengan lain,” jelas sumber itu lagi.

Pengumuman tersebut dikeluarkan beberapa hari selepas klip video bagi single Drag Me Down dilancarkan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini