PELAKON yang terkenal dengan sikap kelantangannya di media sosial, Sharnaaz Ahmad memuat naik sekeping gambar Datuk Seri Najib Razak dengan kapsyen berisi ‘teguran’ kepada bekas Perdana Menteri negara tersebut di laman instagram rasminya.

Kenyataan bertulis itu turut dipersetujui pengikut instagram Sharnaaz. Begitupun ada yang mempersoalkan keberanian Sharnaaz yang hanya ketara selepas pertukaran kerajaan baru.

Mereka yang tidak bersetuju pula mengingatkan Sharnaaz agar menghormati Datuk Seri Najib dan membiarkan undang-undang yang menentukan.

Sharnaaz turut berjenaka tentang kehidupan penjara dan mengaitkannya dengan pengalaman yang ‘dirasainya’ dalam filem Juvana.

Sebagai seorang pelakon, mungkin ada baiknya Sharnaaz mengkritik dengan cara bijak dan tidak membalas komen secara beremosi. Namun, memang begitu sikapnya sejak dulu. Kerajaan pun boleh bertukar, tak mustahil Sharnaaz pun mampu berubah menjadi lebih baik.

 

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini