Hiburan

Netizen gemar beri komen negatif adalah pengecut – Anuar Zain

By  | 

PENYANYI tersohor, Anuar Zain melabelkan netizen yang sering mengkritiknya di laman sosial sebagai individu pengecut.

Ujar pelantun lagu Lelaki Ini itu, mereka berbuat demikian kerana mahu melihat orang lain tampil lebih buruk daripada mereka.

Pengguna laman sosial yang sering memberi komen negatif adalah pengecut. Bagi saya, mereka mengkritik orang dan menampakkan keburukkan orang lain kerana mereka sendiri mempunyai masalah.

Jadi, dengan cara ini, mereka akan tahu ada orang yang mempunyai masalah lebih buruk daripada mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Anuar turut mengakui tidak aktif menggunakan laman sosial seperti mana-mana artis lain kerana tidak mahu menjadi mangsa kecaman segelintir pihak yang sering memandang sesuatu perkara daripada sudut negatif.

Tidak aktif di media sosial tidak bermakna saya tidak mengikuti perkembangan dunia semasa. Bagi saya up to date bukan hanya di teknologi terkini tetapi juga daripada sudut pemikiran terhadap isu semasa,” katanya lagi.

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *