Nazim Othman serius dalam bidang nyanyian

0
43

SEMPENA pelancaran Nivea Cool Kick Triple Shield Challenge di Zebra Square, Kuala Lumpur baru-baru ini, Pepatung berkesempatan bertemu salah seorang personaliti tempatan yang hadir bagi memeriahkan acara. Ikuti temu bual bersama pelakon yang kini giat mencari ruang dalam industri seni suara, Nazim Othman.

Pepatung: Tahun lalu anda sepatutnya muncul dengan sebuah lagu berjudul Destinasi. Namun mengapa lagu dan muzik video itu akhirnya disimpan sahaja?
Nazim: Kerana lagu itu tidak lagi relevan. Tahun lalu usia saya sudah mencecah 30 tahun (tahun ini 31) dan elemen K-pop dalam lagu itu tidak menepati diri saya sekarang.

Pepatung: Jadi mengapa anda mengambil masa yang lama untuk melancarkan lagu tersebut?
Nazim: Destinasi telah disiapkan dalam tempoh lebih setahun. Bagaimanapun pada awal tahun lalu saya agak sibuk, ditambah pula dengan sesi latihan menari untuk rakaman muzik video.

Pepatung: Tidakkah anda berasa ia satu pembaziran apabila lagu dan muzik video Destinasi tidak dikongsikan kepada para peminat?
Nazim: Memang membazir tetapi saya belajar daripada kesilapan sendiri. Lagipun saya sudah mempunyai sebuah lagu baharu.

Pepatung: Ceritakan sedikit tentang lagu baharu anda itu?
Nazim: Ia bergenre pop balada ciptaan Omar K dan Audi Mok. Lagu sudah pun 90 peratus siap dan hanya menunggu masa untuk rakaman muzik video sebelum ia dilancarkan.

Pepatung: Mengapa anda masih berusaha untuk bertapak sebagai penyanyi sedangkan anda sudah dikenali sebagai pelakon?
Nazim: Why not? Kenapa pula tidak boleh? Saya memang meminati bidang nyanyian dan sebenarnya semua orang boleh menyanyi, cuma kemampuan sahaja yang membezakan. Justeru, kita perlu kenal pasti lagu apa yang bersesuaian dengan vokal kita.

1-nazim nivea

Pepatung: Sejauh mana keseriusan anda untuk mencipta nama sebagai penyanyi?
Nazim: Jika tidak serius, saya tidak akan menghabiskan banyak duit untuk rakaman lagu. Sekarang saya bukan lagi berada pada tahap mencuba-cuba (test the market) sebab sebelum ini telah beberapa kali saya menyanyi untuk drama.

Pepatung: Maklum balas peminat dan orang ramai terhadap bakat nyanyian anda?
Nazim: Dulu biasa-biasa sahaja sebab saya sendiri tidak ada keyakinan untuk menyanyi. Jadi sekarang apabila memperoleh keyakinan, keseriusan itu lebih tinggi. Alang-alang duit sudah keluar, maka saya rasa adalah lebih baik untuk mencari komposer yang bagus dengan lirik yang berkualiti.

Pepatung: Projek anda sepanjang tahun 2015?
Nazim: Drama TV sudah tentu akan mengisi jadual kerja saya tahun ini. Dalam masa yang sama, saya akan meluangkan masa mempromosikan lagu baharu.

Pepatung: Kongsikan sedikit rejim penjagaan wajah anda?
Nazim: Saya seorang yang sederhana dan tidak menggunakan produk-produk mahal. Paling penting setiap kali bangun pagi adalah menggosok gigi, mencuci muka, mengaplikasikan pelembap dan krim tabir suria.

Pepatung: Bagaimana pula dengan penjagaan tubuh termasuk penggunaan deodoran?
Nazim: Saya tidak mempunyai masalah bau badan tetapi kini saya menggunakan deodoran Nivea Men Cool Kick. Ia tidak melekit dan disebabkan saya tidak sesuai menggunakan deodoran berbuli (roll-on), maka saya memilih semburan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini