SEJUJURNYA, rancangan hiburan MeleTOP menjadi ‘hidup’ disebabkan telatah dua pengacara, Nabil Ahmad dan Neelofa. Justeru, apabila ada ura-ura mengatakan tempat Nabil bakal digantikan dengan pengacara lain, ramai yang terkejut.

Begitupun, usah khuatir. Menerusi temu bual yang dilakukan oleh MStar bersama Nabil, lelaki itu berkata: “Saya sendiri tidak tahu menahu. Ini adalah kali pertama saya mendengar mengenainya.

Pihak produksi pun tidak pernah kata apa-apa dan sekiranya benar saya perlu mendengarnya daripada mereka.

Apa-apa pun saya anggap ia sebagai gosip semata-mata kerana kontak saya pun masih ada sampai 2019,” katanya.

Dalam masa yang sama, pengacara itu turut memberitahu bahawa dia belum bersedia untuk meninggalkan rancangan tersebut.

Saya sayangkan MeleTOP, saya sudah terlalu lama bersama semua yang terlibat untuk meninggalkan program itu begitu sahaja,” katanya lagi.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini