Tayangan perdana muzik video OST Beauty and the Beast

0
5

TAYANGAN perdana muzik video rasmi lagu tema (OST) filem Beauty and the Beast (menggunakan judul yang sama). Rakaman semula yang menampilkan duet Ariana Grande dan John Legend itu menyaksikan Grande menggayakan gaun merah ros, simbolik kepada bunga ros/mawar di dalam filem tersebut.

Legend pula tampil segak dalam persalinan putera raja sambil bermain piano di dalam istana Beast. Lagu Beauty and the Beast (Tale As Old As Time) terdahulu dinyanyikan Angela Lansbury. Ia kemudiannya dirakamkan oleh Celine Dion dan Peabo Bryson untuk filem animasi tersebut pada tahun 1991.

Filem Beauty and the Beast lakonan Emma Watson sebagai Belle bakal menemui penonton di pawagam bermula 17 Mac depan.

Sumber: Billboard

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini