JUTAWAN kosmetik negara, Datuk Seri Hasmiza Othman atau popular dengan nama Datuk Seri Vida (DSV) meluaskan pengaruh identitinya menerusi industri seni suara.

Hari ini, single pertama DSV berjudul I Am Me dilancarkan secara rasmi. Lagu ciptaan Edry Abdul Halim (KRU) itu kini boleh didapati dan didengar di semua platform digital termasuk iTunes dan Spotify.

Muzik video lirik lagu tersebut juga telah dimuatnaik di laman YouTube KRU Music sejak semalam. Rakaman muzik video lagu itu pula diarahkan Yusry Abdul Halim (KRU) dan bakal ditayangkan pada 1 Ogos 2017.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini