Izzue Islam pertaruhkan ‘Sahabat’ sebagai single solo kedua

0
3

SELEPAS sambutan menggalakkan terhadap single solo pertamanya, Bimbang, Izzue Islam terus melangkah ke hadapan dengan melancarkan single solo kedua.

Lagu berjudul Sahabat menjadi pertaruhan Izzue sebagai komposer dan penyanyi. Karya ciptaan Izzue bersama isteri, Awin Nurin menggunakan nama pena IIAN itu masih membawakan genre alternatif pop rock yang berentak rancak.

Sahabat juga dijadikan OST untuk drama Megat Extend yang telah bersiaran di Astro Warna sejak 10 Mei lalu. Drama tersebut ditayangkan setiap hari Rabu hingga Jumaat pada pukul 9 malam.

Selain sibuk menjalani penggambaran telefilem Pengemis Itu Saudaraku untuk TV3, Izzue juga masih aktif menjayakan persembahan bersama kumpulan Forteen.

Sahabat kini boleh didengari menerusi iTunes, Spotify, Joox, KKBox, Raku dan PSonar. Muzik video liriknya juga telah dimuatnaik di laman YouTube rasmi izzueislamTV.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini