Despacito diharamkan? bagaimana dengan enam lagu ini?

0
89

HEBOH tentang isu pengharaman lagu Despacito di Malaysia yang mengandungi unsur-unsur seks yang keterlaluan. Perkara ini telah disuarakan oleh Angkatan Wanita Amanah (AWAN), yang merupakan sayap wanita Parti Amanah Negara.

Lagu hit Despacito menjadi tular di seluruh dunia. Minggu lalu, RTM mengumumkan hentian siaran lagu tersebut di semua stesen radio dan TV miliknya.

Jika diamati liriknya, tidak banyak perbezaan dengan lagu popular lain, namun terserah kepada individu yang mentafsirkan mesejnya.

Antara lagu yang kononnya mengandungi inuendo seksual atau unsur kurang sopan adalah seperti berikut:

1 . Side to side – Ariana Grande & Nicki Minaj

Kandungan liriknya merujuk kepada kemaluan lelaki dengan aksi separuh bogel penari-penari latar jelas dikategorikan lucah. Maksud tersirat lagu ini sebenarnya tentang aksi seks antara lelaki dan perempuan. Begitupun, ia masih menjadi siulan ramai tanpa sebarang bantahan awam.

2 . 2 Become 1 – Spice Girls

Lagu dendangan kumpulan Spice Girls ini merujuk terhadap perbuatan memakai kondom sebelum berasmara. Mesej tersembunyinya kurang diketahui pendengar membuatkan ia selamat daripada kecaman.

3 . Shape of You – Ed Sheeran

Antara lagu paling popular tahun ini dan menjadi dendangan romantik golongan muda-mudi. Liriknya yang menjelaskan situasi selepas hubungan seks juga boleh dikategorikan lagu berunsur lucah. Jika diamati maksud tersirat, lagu ini menjelaskan tarikan fizikal seorang lelaki terhadap seorang perempuan.

4 . Whistle – Flo Rida

Lagu ini pernah popular. Setelah diamati liriknya, jelas ia menggalakkan seks bebas termasuk perlakuan seks oral seorang wanita terhadap seorang lelaki. Penggunaan penari latar yang seksi juga mengakibatkan muzik video lagu ini tidak sesuai untuk ditonton dan didengar oleh remaja dan kanak-kanak.

5 . I Am Me – Dato Seri Vida

Lagu hit nyanyian DSV ini menjadi tular sejak dilancarkan secara rasmi awal Julai lalu. Di sebalik tarikan masyarakat terhadap lagu ini, liriknya turut menerima kritikan. Caprice di laman instagramnya menyatakan liriknya juga berunsur godaan wanita terhadap lelaki.

6. Perawan atau Janda – Cita Citata

Lagu dangdut dendangan bintang Indonesia ini sangat popular di Malaysia. Malah, ia pernah beberapa kali dipersembahkan penyanyi tempatan di program-program TV. Maksudnya jelas merujuk kepada pilihan kepada lelaki sama ada untuk memilih wanita yang masih dara (belum berkahwin) atau janda (bercerai). Perbandingan dua wanita itu dijelaskan dari segi fizikal dan seksual.

Kesimpulannya, terdapat banyak karya sama ada berbahasa Melayu, Inggeris atau lain-lain yang mengandungi mesej kurang sopan.

Sekiranya pembanterasan terhadap lagu-lagu sebegitu perlu dilaksanakan, jangan pilih bulu atau bersikap double standard! Ironinya, kes-kes pengharaman lagu di Malaysia hanya terjadi selepas ia menjadi popular.

Mengapa tidak sebelum ia diputarkan, pihak yang bertanggungjawab menyaring kandungan memperhalusi maksud sebenar lirik serta menyekat penyiarannya.

Apatah lagi akses untuk mendengar lagu hari ini tidak terbatas di radio sahaja. Bahkan lebih ramai individu yang mendengar muzik menerusi internet, tanpa sekatan.

 

SUMBER : SAYS ENTERTAINMENT

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini