Cuba rungkai mesej muzik video Pejamkan Mata

0
114
FOTO/YOUTUBE

NUKILAN puitis Malique, Pejamkan Mata yang berpadu vokal bersama Dayang Nurfaizah boleh dikategorikan sebagai antara lagu terbaik tempatan tahun ini.

Hari ini, muzik video tersebut dilancarkan secara rasmi. Menerusi video berdurasi 3 minit 56 saat itu, empat konflik manusia berbeza dipersembahkan di dalam sebuah bas.

Penceritaannya secara am memperlihatkan masalah ketagihan dadah seorang lelaki, wanita yang tidak jelas pekerjaannya tetapi membiayai perbelanjaan seorang lelaki, mungkin suami atau teman lelakinya.

Kelihatan juga lelaki berpakaian korporat yang ditempelak seorang lagi lelaki, mungkin majikannya, serta kanak-kanak lelaki yang mencerminkan keperitan mangsa buli.

Kesemuanya duduk di bangku sebuah bas yang tidak bergerak. Emosi mereka tiba-tiba mendidih sebaik dihampiri seorang lelaki bertopeng yang berjalan di tengah bas.

Kurang jelas sebenarnya hubung kait bas yang dijadikan latar tempat dengan empat kisah manusia tadi. Mesej yang cuba disampaikan barangkali dapat dirungkai tidak lama lagi.

Pejamkan Mata menampilkan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Johan As’ari, Uqasha Senrose dan adik Nik Adam Mika.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini