Apa yang tersirat di sebalik lagu Jampi?

0
165

PERPECAHAN duo Azhael telah diumumkan secara rasmi pada Februari lalu. Sementara Mohd. Azhar (Azhar) dikatakan bakal memberi fokus terhadap bidang lakonan, Hael Husaini Azmi (Hael) pula meneruskan perjalanannya sebagai penyanyi solo.

Single pertama Hael, Jampi, yang baru dilancarkan bulan lalu menerima maklum balas positif pendengar. Menurut Hael, Jampi merupakan satu perlambangan bagi menggantikan rasa terpegun, terpesona, kaku dan gila bayang.

“Lagu ini sebenarnya tentang seseorang yang memanipulasi keadaan. Contohnya, seseorang yang suka kepada kita tetapi membuatkan keadaan menjadi seolah-olah kita pula yang tergila-gilakan dia,” kongsi Hael kepada Pepatung.

Tambah Hael, kelainan muzik dan mesej di sebalik Jampi merupakan kekuatan karyanya bersama Ezra Kong itu. Ia juga menonjolkan sisi muzikal yang lebih menepati jiwa Hael, yang tidak diketahui orang sebelum ini.

“Sebagai penyanyi dan pencipta, semestinya saya mahukan yang terbaik agar lagu ini diterima ramai. Apatah lagi jika kelak ia diiktiraf di majlis anugerah, ia akan menjadi bonus kepada saya,” demikian harapan Hael untuk Jampi.

Jampi kini boleh didengari di Spotify dan YouTube.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini