Debut visual duo rap ‘budak Melawati & Wangsa Maju’ Touché

0
53

DUO rap dengan nama Touché barangkali asing dalam kalangan peminat muzik tanah air. Bagaimanapun buat pengikut tegar genre hip hop tempatan, karya dua anak muda Aye (@ayedarko) dan Miinke (@ohsemjay) sering disebut-sebut.

Mewakili imej ‘budak Melawati’ dan ‘budak Wangsa Maju’ (merujuk kepada Taman Melawati dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur), projek muzik mereka bermula dengan mixtape pertama pada awal 2015 berjudul Boychord.

Rule #2 Double Tap

A post shared by Aye Yusof (@ayedarko) on

Tahun ini, Touché dalam proses menghasilkan LP studio pertama mereka, seiring dengan pelancaran single pertama, Palau. Baru-baru ini juga, mereka melancarkan muzik video untuk single kedua, Yikes!

Video yang diarahkan ATG (@longliveatg) dan dibantu oleh Ewan Jade (@ewan_jade) itu menampilkan konsep dan gaya yang unik, sesuai dengan debut visual pertama Touché kepada umum.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini