Hiburan

Mistik kerasukan dalam Munafik

By  | 

SELEPAS kejayaan filem Khurafat, Syamsul Yusof kembali selepas berehat selama empat tahun daripada industri perfileman. Pertaruhan terbaharu Syamsul, Munafik sekali lagi mengangkat genre seram sebagai daya tarikan bagi mengajak penonton ke pawagam.

Munafik poster

Ketika penonton sedang dibuai karya-karya romantik, Syamsul memilih untuk menyajikan cerita hantu dan mistik. Sedikit terkeluar dari landasan minat semasa masyarakat. Hasil kerja terakhir Syamsul, KL Gangster 2 mencipta kejayaan besar. Mungkinkah Munafik mampu mengulang impak serupa sepertimana filem-filem terdahulunya?

Berdasarkan treler Munafik, babak-babak yang dipaparkan memadai untuk menaikkan bulu roma penonton sekali gus memujuk hati orang untuk ke panggung wayang. Bagaimanapun Munafik seperti tidak dapat lari daripada formula asal Khurafat. Ia dapat dilihat pada babak rumah mayat, kenderaan terjunam dari tebing bukit dan elemen kerasukan.

Berkisar tentang seorang pengamal perubatan Islam yang tidak dapat menerima takdir kematian isterinya, Adam lakonan Syamsul, kronologi Munafik berpusat terhadap pelbagai gangguan aneh yang dialami Adam selepas dipujuk untuk mengubati seorang wanita, Maria.

Karakter Maria yang didukung Nabila Huda dipersembahkan sebagai wanita yang mengalami masalah tekanan perasaan / mental serta sering tertekan akibat gangguan dan kerasukan jin.

THN_5481-c

Fizz Fairuz, Pekin Ibrahim dan Datuk Rahim Razali juga antara barisan pelakon hebat yang menjayakan filem kesembilan arahan Syamsul ini. Munafik terbitan Skop Productions mula ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia hari ini (25 Februari 2016).

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *