Miley Nafi Ambil Dadah Berlebihan

0
19

PENYANYI kontroversi, Miley Cyrus menafikan mengalami masalah pengambilan dadah berlebihan sehingga menyebabkan dia dikejarkan ke hospital sewaktu sedang mengadakan konsert jelajahnya, Bangerz Tour baru-baru ini.

Pada sidang media yang dilangsung sebelum mengadakan persembahan di Arena O2 London semalam, dia dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah alahan terhadap ubat-ubatan yang diberikan kepadanya.

“Saya tidak mengalami masalah pengambilan dadah berlebihan. Saya mengambil antibiotik yang diberikan oleh doktor bagi merawat masalah sinus yang saya hidapi.

“Sistem imun dalam badan saya sudah sedia rendah turun dengan mendadak kerana anjing kesayangan saya mati baru-baru ini,” ujarnya.

Tambah pelakon filem The Last Song itu, apa yang menyedihkannya ialah spekulasi yang dihamburkan terhadapnya ketika dia sedang terbaring di hospital.

“Ketika berada dalam keadaan yang kurang sihat, ramai pula yang mengandaikan saya mengambil dadah secara berlebihan. Tapi saya baik-baik sahaja,” ujarnya.

Pemerhati awal yang membuat liputan terhadap konsert jelajahnya di United Kingdom melabelkan aksi yang ditampilkan Miley pada konsert tersebut terlalu erotik. Bagaimanapun, Miley tidak berhasrat untuk memperlahankan aksi tersebut.

Katanya: “Saya akan huru-harakan tempat ini dan kita semua akan bergembira. Pandanglah saya sebagai poster yang menggambarkan seorang individu yang sihat,” ujarnya lagi.

Kredit gambar: Getty Images

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini